Bekas Pengedar Ditahan Bersama 2.2kg Heroin - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Pengedar Ditahan Bersama 2.2kg Heroin

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor menahan seorang lelaki berusia 26 tahun, yang membawa lima bungkusan plastik disyaki heroin seberat 2.2 kilogram dalam beg sandangnya, di Sunway Pyramid Subang Jaya, Isnin.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata nilai pasaran bagi dadah terbabit ialah kira-kira RM45,000.

Lelaki itu kini ditahan reman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Beliau berkata suspek yang tinggal di Shah Alam juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Mohd Shukri berkata sebelum ini, lelaki itu pernah didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar dadah namun hanya menjalani hukuman penjara setelah pertuduhan ke atasnya dipinda.

Beliau berkata suspek boleh dianggap sebagai pengedar tegar kerana tidak insaf selepas dibebaskan dan dipercayai memperoleh bekalan heroin dari Pulau Pinang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan