Lima Didakwa Rompak Treler Bawa Muatan Syampu

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas sebuah treler yang membawa muatan syampu dengan bersenjatakan parang menyebabkan kerugian berjumlah RM49,000 pada Ogos lepas.

Hanafiah Musukutty, 38, KR Nandakumar, 31, T.Sukumaran, 32, K.Murugan, 30, dan V.P.Nala, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Hanafiah ialah seorang penganggur, Nandakumar seorang pemandu lori, Sukumaran pengawal keselamatan, Murugan pemandu lori dan Nala seorang kelindan lori.

Mereka didakwa bersama-sama tiga lagi melakukan kesalahan itu ke atas treler bernombor pendaftaran BHS 2556 milik syarikat Ska Transport Sdn Bhd di Lot 4, Jalan Gitar 33/3, Seksyen 33 di sini pada 1.30 pagi 19 Ogos lepas mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohammed Mokhzani membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, lima lelaki turut didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas dua warga asing bersenjatakan dua bilah pisau dan sebatang besi menyebabkan kerugian kira-kira RM2,500 pada bulan lepas.

Mohd Firdaus Mohd Daud, 25, Abdul Manan @ Awis Qurni Zulkefli, 20, Muhammad Raimie Marhalim, 21, Nur Kamaruddin Mat Kari, 28, dan Mohd Idros Omar Mat Hassan, 27, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Tariq Mahmood dan Damianus MBangga di rumah kongsi tapak projek Jalan Hijau U9/14 Cahaya SPK di sini pada kira-kira 12.30 pagi 25 Sept lepas mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Mohammed Mokhzani membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 November ini untuk sebutan semula kes.

Turut dihadapkan ke mahkamah sama ialah seorang pembantu am mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang rakan wanitanya dengan parang awal bulan ini.

Mohd Zailani Mustapha, 45, dari Pasir Mas, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap penjaga stor Mazlin Mat Zain, 42, di No 41A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7 di sini pada 11 malam 1 Oktober lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohammed Mokhzani membenarkan Mohd Zailani diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 November ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan