Kes Genneva: Pengarah Ng Advantage Dituduh Ubah Wang Haram RM931.7 Juta

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Ng Advantage Sdn Bhd, Ng Wan Yean didakwa dengan 82 pertuduhan tambahan penggubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM931.7 juta.

Dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram daripada pelbagai syarikat termasuk Genneva Malaysia dan memindahkan wang tersebut ke akaun syarikat Ng Advantage menggunakan bank CIMB pada awal tahun 2011 dan Ogos tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mat Ghani Abdullah menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 serta 27 November depan bagi pengurusan kes.

Pada Isnin, Ng didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap 19 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber dari Bank Negara tidak menawarkan sebarang jaminan, namun jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau menawarkan RM1 juta dengan seorang penjamin serta pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.

Peguam A.S. Dhaliwal yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan ke atas anak guamnya kerana Ng telah membayar jaminan RM80,000 bagi kes di Shah Alam serta pasport tertuduh telah diserahkan kepada mahkamah.

Hakim membenarkan Ng diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta memerintahkan kes Ng di Shah Alam dibicarakan bersama kesnya di sini.

Mahkamah turut membenarkan kes Ng dibicarakan bersama dengan tertuduh lain yang didakwa sebelum ini melibatkan pertuduhan sama.

Pada 30 September lepas, lima individu termasuk abang dan kakak Ng dan sebuah syarikat didakwa atas 277 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan lebih RM937 juta.

Pada 27 September lalu, pengarah syarikat Genneva iaitu Datuk Philip Lim Jit Meng dan lima individu lain serta dua syarikat iaitu GMSB dan Success Attitude Sdn Bhd, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit haram membabitkan urus niaga hampir RM5.5 bilion, dua tahun lepas.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan