Keputusan Peniaga Bebas Pertuduhan Bunuh Tiga Anak Kekal

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Baru yang membebaskan seorang peniaga perkakasan komputer daripada pertuduhan membunuh tiga anaknya.

Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Mohd Zahari Embong kerana menyebabkan kematian isterinya.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Mohd Zahari daripada pertuduhan membunuh anaknya dan keputusan Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan peniaga berkenaan daripada membunuh kepada menyebabkan kematian isterinya.

Pada asalnya, Mohd Zahari, 43, didakwa membunuh Mardziah Mansor, 32, di rumah mereka di Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai, Johor Baharu antara 7 malam dan 8.40 malam pada 11 Mac 2006.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan pindaan di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Zulkefli berkata sabitan Mohd Zahari bagi pertuduhan menyebabkan kematian isterinya adalah selamat.

Pada 22 Jun 2010, Mahkamah Tinggi Johor Baharu memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu 11 Mac 2006.

Sebelum itu, pada 21 April 2010, Mahkamah Tinggi berkenaan melepas serta membebaskan Mohd Zahari daripada pertuduhan membunuh Muhammad Zamrie, 6, Muhammad Zairie, 2, dan Intan Zaharah, 1, di tempat dan pada masa sama.

Pada 18 Januari tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes itu.

Di luar mahkamah, peguam G. Subramaniam Nair berkata Mohd Zahari akan dibebaskan daripada penjara pada bulan Mac tahun depan.

Fakta kes mendedahkan pasangan suami isteri itu bergaduh berikutan isu kewangan.

Pembelaan mendakwa Mohd Zahari masuk ke bilik selepas itu dan Mardziah mencederakan ketiga-tiga anak mereka dengan sebatang besi menyebabkan tertuduh hilang sabar serta menyerang isterinya.

Keterangan pakar patologi menunjukkan kematian Mardziah dan anaknya berpunca daripada trauma pukulan tumpul. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan