Enam Ahli PSM Termasuk MP Sg Siput Terima Ganti Rugi RM200,000

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah serta membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 atas kesilapan penahanan yang dibuat terhadap enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar Devaraj.

Hakim Hue Siew Kheng pada Selasa, merekodkan persetujuan penghakiman, selepas pihak defendan bersetuju dengan terma penyelesaian yang dibacakan oleh peguam plaintif Yudistra Darma Dorai.

"Sekarang saman ini telah diselesaikan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak," katanya.

Terdahulu, Yudistra membaca penyelesaian luar mahkamah dengan kehadiran semua pihak.

Pada 23 Mac lalu, plaintif Jeyakumar, M. Sukumaran, A.P. Letchumanan, Choo Chon Kai, M. Saraswathy dan R.R. Sarat Babu mengemukakan saman terhadap penahanan yang salah yang dibuat terhadap mereka, menamakan 82 defendan termasuk Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri, Peguam Negara dan seorang timbalan pendakwa raya, bersama dengan sekurang-kurangnya 60 pegawai polis.

Dalam tuntutan saman tersebut, keenam-enam plaintif mendakwa penahanan mereka tidak ada justifikasi dan menyalahi undang-undang dan dibuat bermotifkan politik.

Mereka turut mendakwa hak undang-undang serta hak untuk mendapatkan khidmat peguam ketika menjadi tahanan telah dinafikan.

Mereka mengemukakan satu pengisytiharana bahawa hak mereka telah dicabuli seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Justeru mereka menuntut ganti rugi kerosakan, ganti rugi teladan, dan kos-kos lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Keenam-enam mereka ditahan ketika mereka sedang dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan pada 25 Jun tahun lalu atas dakwaan melakukan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka dibebaskan pada 2 Julai sebaik sahaja tempoh reman mereka tamat.

Bagaimanapun, mereka kembali ditahan di bawah Ordinan Darurat dan dibebaskan 27 hari kemudian pada 29 Julai.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan