Bekas Mekanik Berdepan Lima Pertuduhan Jenayah Seksual Babitkan Empat Mangsa

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang bekas mekanik didakwa di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Selasa atas lima pertuduhan melakukan jenayah seksual membabitkan empat mangsa, bulan lepas.

Malek Ridzuan Isroll, 27, dari Batu Gajah, yang berdepan dua pertuduhan cuba merogol, satu pertuduhan cuba meliwat serta masing-masing satu pertuduhan merogol dan meliwat, mengaku tidak bersalah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa cuba merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di tepi jalan tanah adat Mendaling di belakang Kelab Golf Clearwater Sanctuary, Batu Gajah dekat sini pada 9.50 malam, 11 September lepas.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes itu.

Di mahkamah kendalian Hakim Madihah Harullah, Malek Ridzuan berdepan dua pertuduhan iaitu cuba merogol seorang wanita berumur 30 tahun di kawasan hutan bersebelahan taman burung Kampung Pisang, Batu Gajah pada 9 pagi 28 September lepas dan meliwat seorang gadis berusia 13 tahun di ladang penternakan itik Taman Alam Kinta, Kota Bharu di Gopeng pada 10 pagi 21 September lepas.

Madihah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah kendalian Hakim Yushan Lutfi Mohamed pula, Malek Ridzuan berdepan dua pertuduhan iaitu merogol dan cuba meliwat seorang gadis berusia 17 tahun di kawasan hutan, Jalan Changkat Mendaling, Batu Gajah pada 9.25 malam, 25 September lepas.

Bagi kedua-dua kes, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hafizah Kamaludin tidak menawarkan jaminan kerana mengikut siasatan polis, tertuduh adalah seorang perogol bersiri.

Beliau juga memaklumkan bahawa Malek Ridzuan akan berdepan empat pertuduhan lain yang tidak melibatkan jenayah seksual membabitkan empat mangsa di Mahkamah Majistret Batu Gajah dan Kampar.

Yushan Lutfi kemudian memutuskan tiada jaminan ditawarkan kepada Malek Ridzuan yang tidak diwakili peguam dan kes itu disebut semula pada 15 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan