Empat Warga Indonesia Dihukum Gantung Edar 28 Kg Dadah - Berita Mahkamah | mStar

Empat Warga Indonesia Dihukum Gantung Edar 28 Kg Dadah

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Empat lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 10.74kg methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 17.36kg ketamine, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Dwi Suprianto Mei, 45, Fredy Hermawan, 42, Andy Paksi, 40, dan Indra Mulyadi, 42, tidak boleh dipercayai, bersifat penafian dan rekaan semata-mata.

"Mahkamah berpuas hati dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan gagal mematahkan kes pendakwaan. Justeru, keempat-empat tertuduh didapati bersalah dan digantung sampai mati," katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah itu di sebuah rumah beralamat 243, Jalan Batu Ferringhi dekat sini pada 9.30 malam, 27 Oktober 2009. Dadah itu ditemui sepasukan polis yang menyerbu rumah berkenaan yang dipercayai makmal memproses dadah terbesar di Pulau Pinang.

Keempat-empat lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, Dwi Suprianto dan Andy Paksi diwakili peguam Ranjit Singh Dhillon manakala Fredy Hermawan dan Indra Mulyadi diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan