Empat Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Pemerasan

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin atas tuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki rakyat Bangladesh awal bulan lepas.

G.Mahgendran, 35, A. Deniskumar, 34, K.Siridono, 23, dan M.M C Mugunthan, 21, bersama-sama enam individu yang masih bebas dituduh melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Md Moner, 30, bahawa satu pembunuhan akan berlaku kepadanya dengan menggunakan pisau. Kesalahan itu dilakukan di Jalan Rotan Lumpit, Taman Ria, Plentong, di sini kira-kira pukul 7.30 pagi, 9 September lepas.

Keempat-empat mereka didakwa mengikut Seksyen 386 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chuah Shyue Chien tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan berkenaan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, Hakim Hassan Abd Ghani menerusi budi bicara mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu.

Sementara itu, Deniskumar, Siridono dan M C Mugunthan turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang penjaga pusat hiburan, bulan lepas.

Ketiga-tiga mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan parang panjang ke atas A.Murugan, 36, di Restoran Tapai Tang, Jalan Chengai, Taman Melodies, di sini, kira-kira pukul 4.10 pagi, 17 September lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat turut tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan berkenaan tidak boleh dijamin.

Hassan, atas budi bicara mahkamah, bagaimanapun, turut membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Mazri Muhammad dan mahkamah menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kedua-dua kes berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan