Pemandu Van Kilang Didakwa Membunuh

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang pemandu van kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki di tepi Sungai Skudai di Ladang Senai, Senai bulan lepas.

G Vignesh, 22, didakwa membunuh K Endran, 20, antara pukul 11 malam pada 17 September dan 12.30 pagi 18 September.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh yang faham dengan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati itu ketika dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Johor Baharu Nurizah Mustafa.

Nurizah kemudian menetapkan sebutan semula kes dilakukan di Mahkamah Majistret Kulaijaya pada 19 November bagi proses lantikan peguam dan menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan