Bunuh Dharmenderan: Inspektor & Tiga Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Inspektor polis S. Hare Krishnan dan tiga anggota yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, Rabu, atas pertuduhan membunuh seorang tahanan lokap N. Dharmenderan pada 21 Mei lepas.

Hare Krishnan, 40, bersama tiga yang lain iaitu Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason memohon kes Hare Krishnan dibicara bersama dengan tiga anggota lain kerana siasatan kes itu dibuat oleh seorang pegawai penyiasat yang sama.

"Ini kerana fakta kes adalah sama dan melibatkan saksi-saksi yang sama manakala tarikh, masa, dan tempat kejadian untuk kedua-dua kes itu juga sama," katanya.

Jaffri, Mohd Nahar dan Mohd Haswadi sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Dharmenderan pada 5 Jun lepas dan kemudiannya Hare Krishnan turut didakwa terhadap pertuduhan sama pada 30 Julai lalu.

Hakim Kamardin Hashim kemudian memerintahkan kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 6 Nov depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan 17 hingga 28 Feb tahun depan untuk perbicaraan.

Hare Krishnan diwakili peguam M. Athimulan, Jaffri diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, peguam Datuk Baljit Singh mewakili Mohd Nahar manakala Mohd Haswadi diwakili peguam Ariff Azami Hussein. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan