Calon BN Klias Mungkin Menang Jika PKR Tidak Rasuah Pengundi

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya umum ke-13 memberitahu Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Selasa bahawa beliau mungkin menang jika PKR tidak mengamalkan rasuah untuk meraih lebih banyak undi.

Isnin Aliasnih berkata calon PKR Datuk Seri Lajim Ukin menang dengan majoriti hanya 179 undi disebabkan wang yang dijanjikannya jika 12,722 pengundi berdaftar DUN Klias mengundi Lajim pada pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Isnin memberitahu Hakim Pilihan Raya Datuk Yew Jen Kie bahawa beliau dimaklumkan oleh pengundi berdaftar di kawasan pilihan raya itu bahawa PKR mengagihkan sampul masing-masing berisi wang tunai RM50 dan kupon yang boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai RM100 setiap kupon jika Lajim menang.

Beliau menyimpulkan bahawa pengagihan sampul itu merupakan modus operandi Lajim untuk meraih undi agar beliau memenangi pilihan raya itu.

Beliau berkata kupon itu, yang memaparkan logo PKR dan nama Lajim, yang turut bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort, serta nama calon PKR bagi kerusi DUN Kuala Penyu Datuk John Ghani, tidak menyatakan nama dan alamat pencetak serta penerbit, yang menyalahi Seksyen 11(1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam petisyen pilihan raya itu, Isnin menamakan Lajim, pengerusi PKR Negeri, yang memenangi kerusi Klias, sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus pilihan raya bagi kerusi DUN Klias Jupari

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan