Suami Isteri Didakwa Bunuh Anak Perempuan Berusia Lima Tahun

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh anak perempuan mereka yang berusia lima tahun pada 13 September lepas.

Kontraktor Hiew Yook Cheang, 49, dan isteri Wong Yin Tinn, 37, didakwa membunuh Mabel Hiew Mun di No 20-3A, Jalan PJS 3/46, Sri Manja Square, Taman Sri Manja antara 7 petang 13 September dan 8 pagi, 17 September 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Mandarin di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dicatat.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang kontraktor cuba membunuh diri bersama-sama semua anggota keluarga dengan membakar arang di dalam rumah mereka di Taman Sri Manja hingga menyebabkan anak perempuannya lemas terhidu asap.

Bagaimanapun, kontraktor itu, isteri serta anak lelakinya yang berumur tujuh tahun terselamat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan