Pengasas Rumah Perlindungan Kewaja Didakwa Kendali Pusat Tidak Berdaftar

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengasas rumah perlindungan Kewaja didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis kerana mengendalikan pusat penjagaan tidak berdaftar.

Yahya Mohamed Yusof, 50, mengaku tidak bersalah kerana menjalankan pusat tidak berlesen di hadapan Majistret, Zura Syazween Hamizan.

Yahya didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 1678, Lorong Sungai Mulia 5 di Kampung Sungai Mulia, Sentul di sini pada kira-kira pukul 10.30 pagi pada 9 November 2012.

Pendakwaan di bawah Seksyen 591) Akta Pusat Jagaan 1993 dan hukuman di bawah Seksyen 5 (2) di bawah akta yang sama.

Majistret Zura kemudiannya menetapkan 21 Oktober untuk sebutan.

Tiada ikat jamin ditawarkan kerana ia merupakan kes saman di mana ikat jamin tidak diwajibkan.

Yahya diwakili oleh peguam Elia Zuraini Mat Zin manakala Ooi Chean Ling merupakan timbalan pendakwa raya.

Pada 9 November, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan menyerbu dan menyita pusat di mana sejumlah 68 penghuni berumur antara 14 dan 30 tahun, dan seorang bayi berusia lima bulan diselamatkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan