Pembantu Jualan Dipenjara 12 Tahun Cuba Bunuh Norizan

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pembantu jualan, Mohd Haswan Hashim, 23, dibawa keluar oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Ampang pada Jumaat, selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun setelah didapati bersalah atas cubaan membunuh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali menggunakan sebilah parang, tahun lalu. Hakim Manira Mohd Nor membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mohd Haswan Hashim, 23, di akhir kes pembelaan. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu jualan dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini, Jumaat selepas disabitkan bersalah cuba membunuh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, September tahun lalu.

Hakim Manira Mohd Nor memutuskan tertuduh, Mohd Haswan Hashim, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes itu kerana bukti beliau bercanggah dengan saksi pembelaan yang lain.

Mohd Haswan mohon dibicarakan atas pertuduhan cuba membunuh Norizan manakala rakannya, pemandu trak tunda, Mohd Azril Ab Shukor, 28, mengaku bersalah di awal perbicaraan kes itu.

Pada 9 November tahun lalu, Mohd Azril dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas mengaku melakukan kesalahan itu di Jalan Cahaya 2 di sini kira-kira pukul 2.30 pagi pada 24 September 2012.

Menurut fakta kes, Mohd Azril dalam perjalanan ke Taman Dagang dengan rakannya dan menunggu Norizan pulang ke rumahnya.

Sebaik saja Norizan keluar dari keretanya, Mohd Azril datang dari arah belakang dan memukul kepalanya dengan parang.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan