Pekerja Sambilan Dipenjara 72 Bulan, Denda RM10,000 Sebabkan Kematian

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sambilan syarikat produksi dijatuhi hukuman penjara 72 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang disini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian ahli Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, tahun lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kes Mohd Nabil Azhar Yahya Arif, 21, di akhir kes pembelaan.

Beliau turut memerintahkan penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dan lesen memandu digantung serta hilang kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun.

Mohd Nabil didakwa memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian Rafizi, 37, di Jalan Lingkaran Tengah 2, Hulu Klang, pada jam 7.45 pagi, 18 Mac 2012 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Noor Farah berkata kecederaan dialami mangsa konsisten dengan kemalangan yang berlaku akibat impak pelanggaran yang tinggi.

"Berdasarkan kesan brek sepanjang tujuh meter, tertuduh didapati memandu dalam keadaan laju serta melulu dengan memotong garisan berkembar untuk keluar ke susur kiri sehingga melanggar bahagian belakang basikal mangsa dan menyebabkan mangsa terjatuh. "Mangsa cedera teruk di bahagian kepala dan dasar tengkorak yang menyebabkan kematian di tempat kejadian," katanya.

Terdahulu, isteri mangsa melalui keterangan impak mangsa memberitahu ketika kejadian dia baru habis pantang dan anaknya berumur 46 hari.

"Kesan yang saya terima amat sukar untuk dihadapi, saya masih bersedih, anak sulung kini berusia 10 tahun manakala yang kecil baru satu tahun setengah," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Purnima, tertuduh diwakili peguam Samry Masri manakala Abdul Aziz Hamzah bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga mangsa.

Pada 19 Mac 2012, media melaporkan Rafizi terbunuh selepas dilanggar ketika dalam perjalanan dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan