Enam Pengarah Genneva Malaysia Hadapi 900 Tuduhan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam pengarah syarikat pelaburahn emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd berhadapan dengan lebih daripada 900 tuduhan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram melibatkan wang berjumlah RM5. 5 bilion daripada 35,000 pendeposit di Mahkamah Sesyen di sini.

Pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat menghadapi 246 dan 226 tuduhan masing-masing melibatkan penggubahan wang haram, penasihat bisnes, Datuk Ng Poh Weng (157), Datuk Marcus Yee Yuean Seng (17), Datuk Chin Wai Leong (23), dan Pengurus Kanan, Lim Kah Heng (16).

Keenam-enam tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Syarikat berkenaan, turut berhadapan dengan 222 tuduhan melibatkan penggubahan wang haram sementara Success Attitude Sdn Bhd, berhadapan dengan lapan tuduhan yang sama.

Empat daripada mereka, Philip Lim, Tan, Lim Hah Heng dan Ng, juga didakwa atas dua tuduhan setiap seorang kerana menerima deposit tanpa lesen yang sah melalui skim pelaburan emas di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989.

Terdahulu, Philip Lim dan Tan mengaku tidak bersalah di satu lagi Mahkamah Sesyen atas dakwaan membuat kenyataan palsu dalam iklan di laman web syarikat mereka yang menyatakan perniagaan emas yang dijalankan oleh mereka mengikut undang-undang Syariah.

Genneva Malaysia Sdn Bhd turut berhadapan dengan tuduhan yang sama.

Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 28 Oktober depan.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan ikat jamin, RM20,000 setiap seorang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan