Lelaki Tawar Khidmat Seks Dipenjara Enam Bulan

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memutuskan Raizi Toran, 20, dijatuhi hukuman penjara empat bulan bagi kesalahan menawarkan khidmat seks dan penjara dua bulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Bagaimanapun, Raizi hanya perlu menjalani hukuman penjara empat bulan selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap, Selasa.

Raizi, berbaju T kelabu dan seluar merah ketat didakwa menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis di Lorong Haji Taib 3 di sini pada 6.30 petang Selasa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 di tempat dan pada masa yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan