Bekas Pengawal Keselamatan Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Membunuh

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas pengawal keselamatan Mohd Azam Raja Abdullah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Rabu selepas didapati bersalah kerana membunuh seorang wanita berumur 76 tahun pada 2010.

Lelaki berumur 42 tahun itu didapati bersalah kerana membunuh Soh Lian Thye antara pukul 5 pagi dan 9 pagi pada 2 Mac 2010 di rumah kedai wanita itu di Jalan Gurdwara di sini.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Hakim Zamani Abdul Rahim berkata, pembela gagal untuk menunjukkan sebab-sebab yang meragukan.

Zamani berkata dalam penemuannya, kecederaan pada si mati menunjukkan tertuduh telah memukulnya lebih daripada sekali.

"Dia dipukul dengan kuat, kecederaannya serius dan boleh menyebabkan kematian.

"Tertuduh boleh melarikan diri tanpa perlu memukul dia dan tiada bukti yang mengatakan bahawa si mati bertindak melawan balik," katanya, sambil menambah bahawa tertuduh hanya membawa bekas air kencing.

Mohd Azam diwakili oleh P. Latsmanan dan K. Thangesvaran manakala pendakwaan dilakukan oleh timbalan pendakwa rakyat Amir Hamzah.

Ibu bapa kepada Mohd Azam turut hadir ke mahkamah.

Ibunya kelihatan menangis teresak-esak selepas hukuman ke atas anaknya dijatuhkan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan