Rayuan Bagi Petisyen Pilihan Raya Machang Didengar Esok

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan berhubung petisyen pilihan raya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membatalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili calon BN, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau juga berkata BN hanya memfailkan empat rayuan berhubung petisyen pilihan raya iaitu tiga bagi kerusi Parlimen (Lembah Pantai, Batu dan Bachok) serta satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jelawat.

Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Pilihan Raya di Kota Baharu menolak petisyen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Zawawi Wan Ismail selepas mendapati pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954, antaranya, kelayakan peguam yang mewakilinya.

Calon BN Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, yang juga Ketua Umno Bahagian Machang, menewaskan Wan Zawawi dengan majoriti 805 undi bagi memenangi kerusi Parlimen Machang.

Sementara itu, seorang pegawai di pejabat Ketua Pendaftar yang enggan dikenali berkata setakat ini, daripada 58 petisyen pilihan raya di Semenanjung Malaysia, hanya 22 rayuan difailkan.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Gene Anand Vendargon yang mewakili PAS dalam rayuan petisyen pilihan raya bagi lima DUN di Perak berkata kes Pasir Panjang dan Manong akan didengar pada 24 Oktober manakala Selama serta Lubuk Merbau ditetapkan pada 13 November.

Anand berkata rayuan bagi DUN Rungkup masih di peringkat pengurusan kes dan dijangka didengar sebelum hujung November ini.

PAS kalah di semua kerusi berkenaan dengan majoriti tipis antara 100 dan 500 undi.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili DAP dalam dua petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Labis dan Cameron Highlands pula mengesahkan bahawa parti itu tidak berhasrat mengemukakan rayuan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan