Hukuman Mati Penganggur Bunuh Dua Wanita Warga Thailand Kekal

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati seorang pengganggur yang didapati bersalah membunuh dua wanita warga Thailand, tujuh tahun lepas.

Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu sebulat suara selepas menolak rayuan Leong Heng Kuang.

Dalam penghakimannya, Zulkefli berkata terdapat bukti yang mencukupi untuk mensabitkan Leong dengan kesalahan berkenaan.

"Sabitan terhadap tertuduh adalah selamat," katanya yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Zainun Ali.

Pada 25 Januari 2011, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Leong, 44, bersalah atas dua pertuduhan iaitu membunuh kekasihnya, Kaemika Pusuvan, 40, dan seorang jiran Phordee Seemuang, 43, masing-masing pada 5 pagi dan 9.50 pagi 26 Oktober 2006.

Mengikut pertuduhan, Leong membunuh Kaemika di sebuah rumah di Kampung Kelibang, Langkawi, Kedah manakala Phordee dibunuh di padang berhampiran.

Terdahulu, peguam Burhanudeen Abdul Wahid berhujah pertuduhan terhadap Leong sepatutnya dikurangkan kepada menyebabkan kematian tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berhujah Leong mempunyai niat untuk membunuh kerana terdapat tujuh kesan tikaman pada badan Kaemika manakala mayat Phordee mempunyai 19 kesan tikaman.

Menurut fakta kes, Leong menggunakan sebilah pisau untuk menikam Kaemika selepas mangsa tidak menjawab soalan tertuduh mengapa dia pulang ke rumah pada kira-kira 5 pagi.

Pada malam sebelumnya (25 Okt 2006), Leong tidak membenarkan Kaemika keluar namun selepas mereka bergaduh, mangsa bertindak meninggalkan rumah.

Kira-Kira empat jam kemudian, tertuduh menikam Phordee yang mengambil upah membersihkan kediaman Leong apabila mangsa ternampak banyak darah di bahagian belakang rumah berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan