Warga Thai Bebas Tuduhan Rogol Anak

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang warga Thailand menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen di sini Jumaat melepas dan membebaskannya daripada tuduhan merogol anak sulungnya berumur 14 tahun tanpa dipanggil membela diri.

Hakim, Mohammed Mokhzani Mokhtar membuat keputusan itu selepas berpuas hati yang pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bapa kepada empat anak perempuan itu.

Bekas juruteknik sebuah syarikat kejuruteraan itu didakwa melakukan kesalahan di sebuah rumah di Bukit Rimau di sini, kira-kira pukul 1 pagi pada 24 Oktober tahun lepas.

Kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepuluh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abd Rahim manakala lelaki berusia 48 tahun itu diwakili peguam Ramesh N.P.Chandran dan Revindran Pillai.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah warga Thai itu yang menetap di Malaysia selama 30 tahun itu bersyukur atas pembebasannya.

Ketika ditanya perancangannya selepas dibebaskan, lelaki itu yang sedang dalam proses perceraian dengan isterinya seorang rakyat tempatan berkata, dia ingin menguruskan hal kewangannya terlebih dahulu sebelum pulang ke Bangkok pada Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan