Tiga Anggota Polis Didakwa Terima Suapan

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiga anggota polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan termasuk menerima suapan sebagai dorongan untuk melepaskan seorang lelaki yang memiliki dan menjual mercun serta rokok seludup.

Inspektor Mohd Shahrul Nizam Kaswadi, 29, Lans Koperal Mohd Daniel Chris Iman Raynold, 31, dan Lans Koperal Mohamad Hijan Ismail, 25 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Kesemua anggota polis itu, yang bertugas di Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah didakwa bersama-sama meminta suapan daripada Rosnizal Badri Shah sebanyak RM3,000, untuk tidak mengambil tindakan ke atas Rosnizal yang memiliki dan disyaki menjual mercun serta rokok seludup.

Mereka juga didakwa bersetuju untuk menyetujui terima suapan sebanyak RM2,200 daripada Rosnizal supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki dan disyaki menjual mercun serta rokok seludup.

Bagi pertuduhan ketiga, kesemua anggota polis itu didakwa setuju untuk menerima suapan daripada Rosnizal sebanyak RM2,200 untuk tidak mengambil tindakan ke atas Rosnizal yang melakukan kesalahan memiliki dan disyaki menjual mercun serta rokok seludup.

Mereka didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di premis Jejawi Maju Interprise, Kampung Sungai Jejawi, Teluk Intan antara pukul 9 malam hingga 9.30 malam pada 7 Ogos 2012 dan dituduh mengikut beberapa seksyen Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Madihah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Oktober untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM A. Hafiizh Abu Bakar dan Pegawai SPRM Yang Ah Lay. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan