Rakyat Malaysia Dalam Komplot Atur Perlawanan Di Melbourne Hanya 'Ikan Bilis'

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia, disyaki ketua komplot yang mengatur perlawanan di sebuah kelab bola sepak di Melbourne, dilaporkan memberitahu polis yang dia hanya "ikan bilis" dalam sindiket antarabangsa, mahkamah di sini diberitahu pada Jumaat.

Segaran 'Gerry' Subramaniam, 45, didakwa menerima arahan dari Hungary dan Malaysia berhubung keputusan yang diatur bagi perlawanan bola sepak Southern Stars di sini, lapor Australian Associated Press.

Pada pendengaran permohonan ikat jaminnya di Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat, Detektif Kanan Sarjan Scott Poynder berkata Subramaniam mempunyai rangkaian dengan kelab-kelab lain di Victoria dan Queensland serta luar negara.

Katanya, ada bukti menunjukkan Subramaniam menerima kira-kira A$230,000 (kira-kira RM686,680) dalam bentuk pemindahan wang dalam tempoh tiga bulan lepas.

Semasa disoal siasat, Subramaniam memberitahu polis yang dia hanya "ikan bilis' dalam sindiket itu dan baru sahaja terlibat.

Empat pemain English Southern Stars dan jurulatih mereka yang merupakan warga Australia, Zia Younan turut dituduh terlibat dalam komplot itu dalam menentukan keputusan pertaruhan.

Dakwaan mengatur perlawanan itu membabitkan empat perlawanan terakhir Southern Stars, dengan pasukan itu dibolosi 13 gol tanpa sebarang jaringan.

Pasukan itu beraksi dalam 21 perlawanan musim ini dengan hanya mencatat satu kemenangan, 16 kalah dan empat seri.

Mahkamah diberitahu empat pemain yang dituduh itu -- Reiss Noel, 24, David Obaze, 23, Joe Woolley, 23, dan Nicholas McKoy, 27, -- berada di Australia untuk bekerja sambil bercuti dan menggunakan visa pelancong.

Poynder berkata, Subramaniam memberitahu polis wang yang diterimanya adalah untuk membayar gaji pemain, bil penginapan dan pembiayaan sewa kereta.

Seorang daripada pemain itu menyatakan dia takut dengan Subramaniam dan menyendal pintu bilik hotelnya dengan kerusi untuk menghalang orang daripada memecah masuk, katanya.

Pegawai Pendakwa Peter Rose berkata, Subramaniam mendatangkan risiko kerana dia tidak mempunyai hubungan tetap dengan Australia.

Subramaniam datang ke Australia dari Malaysia menggunakan visa pelancong yang akan tamat hujung minggu ini.

Masih tidak jelas sama ada dia boleh terus tinggal di sini sekiranya dibebaskan dengan ikat jamin.

"Dia adalah, bagi kami, sebahagian sindiket besar antarabangsa yang beroperasi di negara ini," katanya.

"Sekiranya dia keluar dari negara ini, kita tidak mungkin dapat menahannya semula," kata Rose.

Majistret Jelena Popovic menangguhkan keputusan berhubung ikat jamin itu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai prospek Subramaniam di sini.

Peguam bela Michael Gleeson berkata, Subramaniam tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masuk ke negara ini secara sah menggunakan pasportnya sendiri.

Pendengaran permohonan ikat jamin itu bersambung pada petang Jumaat.

Jurulatih dan empat pemain itu dibenarkan diikat jamin dan diperintah untuk tidak mengahdiri mana-mana perlawanan bola sepak yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA).

Kes mereka akan didengar di Mahkamah Majistret Melbourne pada Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan