Mahkamah Kekal Penjara 10 Tahun Tiga Lelaki Sebabkan Kematian Peniaga

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadap tiga lelaki kerana menyebabkan kematian seorang peniaga, empat tahun lepas.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Saiful Fadullah Kamal, 31, Roslee Abdul Razak, 47, dan Muhammad Hafis Ahmad Rasdi, 21, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara itu yang diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada 18 Januari 2011.

Kamardin berkata tiada merit dalam rayuan itu dan mahkamah bersetuju tiada sebarang alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen.

"Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati rayuan ketiga-tiga perayu terhadap sabitan ditolak dan keputusan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini dikekalkan," katanya.

Bagaimanapun, Kamardin membenarkan permohonan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili pekerja swasta, Saiful Fadullah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga mengekalkan jumlah jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Saiful Fadullah menyerahkan dokumen perjalanan dan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Peguam Jakariya Ab Jalil yang mewakili Roslee dan Muhammad Hafis pula berkata anak guamnya tidak akan mengemukakan rayuan atas faktor kekangan kewangan.

Mengikut pertuduhan, Saiful Fadullah, Roslee, yang ketika kejadian merupakan peniaga dan pembantunya Muhammad Hafis didakwa bersama-sama mencederakan Aziz Ramli, 46, sehingga menyebabkan kematiannya di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Cheras antara 11 malam, 15 Februari 2009 hingga 1.15 pagi, 16 Februari 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Monica Linsua. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan