Lelaki Hadapi Tuduhan Bunuh Dan Cubaan Bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini Jumat terhadap tuduhan membunuh seorang lelaki dan turut menghadapi pertuduhan cubaan membunuh dua lelaki lain Julai lepas.

Lee Meng Boon, 35, didakwa membunuh Jasrafveendeerjeet Singh, 25, di hadapan Kedai Makanan dan Minuman Sun Heng di No 350, Lebuh 5, Kampung Simee pada 10.15 malam, 28 Julai lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Lee juga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan cubaan membunuh Sarbjit Singh a/l Harder Singh, 28, dan Kok Loo Kong, 55, pada masa dan tempat yang sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Hairullah dan tiada jaminan ditawarkan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret berasingan, Lee turut didakwa mengedar 2,973 gram dadah jenis Eramin 5 di No 27, Medan Bercham Selatan 4, Taman Syukor, di sini pada 12.35 malam, 24 Ogos lepas.

Dia didakwa bersama-sama Quek Kar Loong, 34, Aw Chee Seng, 45, dan Rusli Deraman, 52.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan bagi kes berkenaan masing-masing dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S.Kavitha, Nadia Isa dan Muhammad Fauzi Md Yusof.

Mahkamah menetapkan 20 November untuk sebutan semula kesemua kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan