Buruh Didakwa Pandu Dengan Cuai Menyebabkan Empat Maut Di MRR2

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja buruh binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan empat orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), empat bulan lepas.

Masrufi Sain, 66, didakwa menyebabkan kematian pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani, 25, dan Nurul Intan Syahida Nordin, 21, sepupu Hasbullah, Tengku Ahmad Faiz Tengku Mohmad, 27, dan Asma Ismail, 22, di MRR2, pukul 5.40 petang, 19 Mei lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 serta lesen memandu boleh digantung, jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesennya digantung sehingga kes selesai. Mahkamah turut menetapkan 28 Oktober untuk sebutan kes bagi tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan