Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Pegawai Bank Untuk Saman PTPTN

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank, yang disenarai hitam kerana didakwa gagal melunaskan pinjaman pendidikan pada Rabu gagal dalam usahanya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Zakaria Sam menolak di dalam kamarnya rayuan Mandeep Singh untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap PTPTN.

Peguam Abdul Malik Hakim yang mewakili Mandeep memberitahu pemberita bahawa hakim itu juga memerintahkan anak guamnya membayar kos RM3,500 kepada PTPTN.

Abdul malik berkata beliau sedang menunggu keputusan anak guamnya sama ada ingin merayu terhadap keputusan mahkamah pada Rabu.

Pada 30 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Unaizah Mohd menolak saman pegawai bank itu setelah memutuskan bahawa plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.

Pada 20 September 2011, Mandeep menyaman PTPTN kerana mendakwa memfitnah dan menyebabkannya ditangkap secara salah selepas dia disenarai hitam kerana didakwa gagal melunaskan pinjaman pendidikan.

Nama Mandeep dimasukkan ke dalam senarai hitam PTPTN pada Disember 2010 kerana gagal menjelaskan bayaran tunggakan pinjamannya.

Mandeep, 28, mendakwa mengikut perjanjian pinjaman pendidikannya bertarikh 9 November 2006, PTPTN bersetuju memberi pinjaman RM48,000 kepadanya.

Dia mendakwa ditahan pegawai imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas ketika menunggu penerbangan ke Guangzhao, China untuk bercuti.

Ketika menahannya, pegawai imigresen memberitahu Mandeep bahawa namanya dimasukkan ke dalam senarai hitam pangkalan data Jabatan Imigresen.

Mandeep mendakwa kejadian itu menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai dan mencemar nama baiknya.

Pegawai bank itu mendakwa PTPTN tidak mengeluarkan namanya daripada pangkalan data berkenaan walaupun dia memaklumkan kepada perbadanan itu supaya berbuat demikian.

Mandeep menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan bilik hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan