Mahkamah Rayuan Benar Shafee Ketuai Pihak Pendakwaan Dalam Rayuan Pembebasan Anwar

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu membenarkan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat yang kedua.

Hakim Datuk Ramly Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim memutuskan pelantikan Muhammad Shafee sebagai seorang pendakwa raya dalam rayuan itu adalah sah dan selaras dengan peruntukan undang-undang.

Panel itu yang turut dianggotai Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, sebulat suara menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya dalam rayuan itu.

Hakim Ramly berkata pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan pihak pendakwaan.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara "fiat" untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26.

Anwar, 64, dituduh melakukan kesalahan itu di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Dalam keputusannya, Hakim Ramly berkata alasan yang dikemukakan tidak mencukupi untuk menyokong kenyataan Anwar bahawa Muhammad Shafee adalah saksi penting.

"Beliau ditawarkan sebagai saksi kepada pihak pembelaan tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi. Lagipun perbicaraan sudah selesai dan tidak wujud kemungkinan beliau akan dipanggil sebagai saksi," katanya.

Hakim Ramly berkata oleh itu tidak timbul isu percanggahan kepentingan dan pelanggaran Akta Profesion Undang-undang 1976.

Beliau tidak menerima hujuhan peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang mempersoalkan kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah yang digunakan untuk pelantikan itu adalah undang-undang yang betul.

Karpal Singh dalam hujahannya sebelum itu berkata pelantikan Muhammad Shafee mengikut Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah untuk mewakili pihak pendakwaan dalam rayuan itu dibuat mengikut undang-undang yang tidak lagi wujud berikutan pindaan telah dilakukan terhadap Seksyen 378 Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya Seksyen 378 Kanun Tatacara Jenayah dipinda pada 1 April, 1998 yang menyatakan hanya timbalan pendakwa raya kanan atau timbalan pendakwa raya boleh mengendalikan rayuan kes jenayah.

"Seksyen 376 (3) dan Seksyen 378 Kanun Tatacara Jenayah perlu dibaca secara bersama dan ianya tidak konsisten antara satu sama lain," kata Hakim Ramly.

Dalam prosiding hari ini, Karpal Singh juga berhujah bahawa Muhammad Shafee patut dilarang daripada mewakili pihak pendakwaan kerana beliau merupakan saksi penting kerana beliau hadir semasa Mohd Saiful berjumpa timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak (kini perdana menteri) di rumah Najib.

Beliau berkata terdapat banyak pegawai berkebolehan di Pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan rayuan itu tanpa perlu membazirkan wang rakyat untuk melantik Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee memeprtahankan pelantikannya sebagai pendakwa raya atas alasan perbicaraan kes itu sudah selesai.

"Di peringkat rayuan, kami berhujah berdasarkan rekod rayuan-rayuan dan tiada keterangan lain akan dikemukakan," katanya dan menurutnya kehadiran beliau di rumah Najib tidak wajar dipersoalkan kerana beliau tidak pernah berjumpa Mohd Saiful.

Muhammad Shafee berkata Peguam Negara diberikan bidang kuasa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah untuk melantik individu yang sesuai untuk bertindak sebagai pendakwa raya.

Pada awal pendengaran hari ini (Rabu), Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Shafee dan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin telah mengemukakan afidavit balasan berasingan terhadap permohonan Anwar dan dengan itu mereka memerlukan masa untuk menjawabnya.

Muhammad Shafee memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua afidavit.

Di luar mahkamah, Karpal Singh berkata pihaknya akan merayu ke Mahkamah Persekutuan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan