Pengganas: Perbicaraan 30 Individu Ditangguh

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan perbicaraan 30 individu didakwa pengganas bagi membolehkan pendakwaan dan pembelaan menyemak semua dokumen berkaitan kes itu.

Hakim Stephen Chung menetapkan 1 November bagi pengurusan kes selepas semua peguam mendapat arahan daripada anak guam mereka.

Mahkamah pada mulanya menetapkan hari ini sehingga 27 September untuk mendengar keterangan daripada saksi.

Bagaimanapun, peguam Datuk N. Sivananthan, mewakili 25 rakyat Filipina daripada 30 tertuduh itu, memberitahu mahkamah beliau menerima dokumen dan rakaman yang 'panjang lebar' selain imej satelit berhubung kes berkenaan.

"Seperti mahkamah sedia maklum, anak guam sama ada bertutur bahasa Bajau atau Suluk. jadi, disebabkan halangan bahasa, kami memerlukan masa untuk menyemak sepenuhnya dokumen sebelum membincangkan bahan ini dengan anak guam kami," jelas Sivananthan.

Sivananthan memberitahu mahkamah persediaan bagi kes itu memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan memandangkan banyak kerja teknikal perlu dilakukan, termasuk menterjemah dokumen.

Beliau menegaskan persediaan menyeluruh bagi kes itu akan membolehkan prosiding mahkamah berjalan dengan pantas dan lancar.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata meskipun pendakwaan mahu perbicaraan itu dimulakan secepat mungkin, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan itu.

Kes itu didengar di Penjara Sabah yang diisytiharkan sebagai mahkamah terbuka.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan seorang daripada tertuduh, Pabblo Allie, supaya pertuduhan terhadapnya dipinda sekiranya dia tidak dibicarakan bersama-sama dengan 29 lagi tertuduh.

Peguamnya, Rowiena Rasid, mendakwa pertuduhan terhadap anak guamnya itu adalah cacat, sambil menarik perhatian bahawa pertuduhan itu bersifat umum dan tidak menyatakan secara khusus kesalahannya.

Abdul Gani berhujah tertuduh tidak dikelirukan memandangkan dia tahu tentang pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, termasuk hakikat bahawa ia berkaitan dengan sebuah kumpulan pengganas.

Hakim Chung berkata: "Di peringkat ini, tiada sesuatu pun di hadapan saya yang bersifat prejudis terhadap tertuduh (Pabblo).

"Tiada sebab untuk saya mengganggu keputusan yang sebelum ini dibuat oleh hakim terdahulu bagi perbicaraan bersama dan atas sebab yang dinyatakan, saya menolak permohonan ini."

Pabblo didakwa menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Antara 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan antara 9 Februari dan 10 April adalah tiga penduduk tempatan termasuk seorang wanita, Norhaida Ibnahi, 46, kerana melindungi sekumpulan pengganas manakala Abd Hadi Mawan, 49, dan Abdul Majil Jubin, 41, didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh 26 lagi rakyat Filipina termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas dan melindungi sekumpulan pengganas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan