Mahkamah Selesai Kes MyKad Tiga Anak Kelahiran Malaysia Keturunan India

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes tiga anak kelahiran Malaysia berbangsa India yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kegagalan mereka mendapatkan MyKad, telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

Hakim Zaleha Yusof merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar di hadapan semua pihak pada Rabu.

Peguam Latheefa Koya berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memberikan sijil yang mengesahkan kewarganegaraan mereka kepada anak guamnya pada 6 September.

"Ini bererti anak guam saya kini rakyat Malaysia," katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan berkata pemohon yang telah mendapat MyKad mereka.

Shamsul berkata mahkamah juga telah membatalkan permohonan semakan kehakiman.

Peguam Eric Paulsen dan Latheefa Koya mewakili S.Letchumy dan dua orang anak perempuannya, K. Sarojini dan K.Mala, manakala Shamsul mewakili Ketua Pengarah JPN, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 10 Disember tahun lepas, pemohon menamakan Ketua Pengarah JPN, KDN dan kerajaan sebagai responden.

Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan JPN pada 29 September bahawa pemohon tidak layak memohon kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan pemohon tidak tidak boleh membuat tuntutan sebagai warganegara mengikut undang-undang.

Pemohon memohon perisytiharan menerima Sarojini dan Mala sebagai warganegara di bawah di bawah Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga memohon perintah mandamus (untuk memaksa) untuk mengarahkan JPN mengeluarkan MyKad untuk mengisytiharkan Sarojini dan Mala sebagai rakyat Malaysia.

Permohonan itu menyatakan bahawa Letchumy, 70, dilahirkan di Tanjung Sepat, Selangor, dan merupakan ibu kepada Sarojini, 33, dan Mala, 35, kedua-duanya dilahirkan di Banting, Selangor.

Antara sebab-sebab yang dinyatakan dalam permohonan itu adalah JPN telah gagal untuk mempertimbangkan latar belakang kelahiran mereka.

Pada 22 Januari, mahkamah memberikan kebenaran untuk Letchumy, Sarojini dan Mala untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan