Mahkamah Rayuan Benarkan Ikat Jamin Warga Australia, Pasport Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Warga Australia Dominic Jude Bird dibebaskan pada Selasa dengan ikat jamin, tetapi hasratnya untuk pulang ke rumah dinafikan, setelah Mahkamah Rayuan memerintahnya menyerahkan pasport sementara menunggu rayuan pendakwa raya terhadap pembebasannya daripada pertuduhan mengedar dadah.

Anggota panel hakim yang diketuai Hakim Datuk Azhar Mohamad, sebulat suara memberikan kebenaran kepada ahli perniagaan kelahiran Perth itu jaminan RM50,000 dengan dua penjamin.

Pada 4 September, Bird dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memutuskan bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan terhadap Bird mengedar methamphetamine seberat 167.8gm di sebuah cawangan kedai kopi di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 1 Mac tahun lepas.

Bagaimanapun warga Austaralia itu ditahan para pegawai Imigresen pada hari sama kerana visanya tamat tempoh.

Hakim Azhar juga memerintahkan Bird, 34, supaya melapor diri di balai polis berdekatan pada pukul 5 petang setiap Isnin dan mendedahkan alamatnya, sementara menunggu rayuan.

Hakim Azhar berkata mahkamah juga sepakat Akta Mahkamah Kehakiman 1964 sebagai mengikut perlembagaan.

"Kami tidak bersetuju dengan hujah peguam (Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah) bahawa Seksyen 56A melanggar kebebasan dan kesaksamaan anak guamnya di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Negara," kata Azhar.

Dua lagi anggota dalam panel itu ialah Datuk Dr Hamid Sultan Backer dan Datuk Mokhtaruddin Baki.

Dalam keputusan panel hakim itu, mereka bersetuju mengenai hujah berkaitan integriti pihak pendakwaan dengan memastikan kehadiran seorang warga asing bersama dokumen perjalanan yang sah.

Seksyen 56A Akta itu membenarkan pendakwaan memohon perintah reman sementara menunggu rayuan.

Pasukan pendakwaan diwakili Ketua Unit Rayuan Jabatan Peguam Negara Saiful Edris Zainuddin dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan