Anwar Mohon Keluarkan Satu Perenggan Dalam Penghakiman Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama dihadapinya yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.

Anwar telah memfailkan permohonan itu pada Mei tahun ini, sembilan tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas dakwaan meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan semakannya itu pada 13 November, dalam usaha untuk memadamkan perenggan itu.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept, 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.

Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.

Panel Mahkamah Persekutuan yang sama turut membatalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun ke aras adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-sama Anwar atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di Kuala Lumpur pada 1994.

Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, menulis majoriti penghakiman itu.

Dalam penghakiman itu, beliau (Abdul Hamid) berkata: "kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan ) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala ....".

Peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya berkata Anwar memfailkan permohonan itu bagi membersihkan namanya, kerana orang menggunakan penghakiman itu untuk mewajarkan fitnah terhadapnya, dan menurutnya apabila Anwar mahu menyaman mereka bagi memfitnah, mereka akan bergantung pada penghakiman itu.

"Ia perlu dinyatakan bahawa kenyataan itu dimasukkan dalam penghakiman bagi pembebasan Anwar daripada pertuduhan liwat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan