Suami Isteri Hadapi Tuduhan Kes Tumpahan Minyak Sungai Selangor

Diterbitkan: Selasa, 17 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa berhubung insiden tumpahan minyak di Sungai Selangor yang mengakibatkan kira-kira sejuta pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air akhir bulan lepas.

Ng Kim Bok, 55, menghadapi 30 pertuduhan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Negeri Selangor (No.2) 1999, manakala isterinya, H'ng Soo Chiew, 56, menghadapi 20 pertuduhan secara bersama menurut akta dan enakmen sama.

Pasangan suami isteri itu menghadapi pertuduhan atas kapasiti mereka sebagai pemilik (Ng) dan pengarah (Ng dan H'ng) tiga syarikat iaitu Muhibbah Mok Sdn Bhd, Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd dan Muhibbah Mok Workshop.

Muhibbah Mok Workshop beroperasi di lokasi kejadian itu didakwa berlaku, Muhibbah Mok Sdn Bhd ialah syarikat induk kepada bengkel kenderaan berkenaan manakala Ng Kim Bok Realty merupakan pemilik tanah.

Ng dan H'ng mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, pasangan suami isteri itu didakwa melupuskan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling, meletakkan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa lesen ke dalam mana-mana perairan daratan dan mencemarkan permukaan tanah-tanih tanpa lesen.

Menurut Enakmen LUAS pula, mereka didakwa mengambil air dari suatu sumber air di belakang premis tanpa kelulusan Pengarah LUAS dan melepaskan ke dalam sumber air bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada pengarah berkenaan.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Sungai Gong, Lot 15322, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak dekat sini, antara 9.50 pagi dan 11.40 pagi, 30 Ogos 2013.

Mohammed Mokhzani membenarkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM150,000 dan H'ng sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Adrin manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Pada 30 Ogos lepas, operasi empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang ditutup selepas sumber air dari Sungai Selangor mengalami pencemaran air disebabkan tumpahan minyak di hulu sungai di sekitar Rawang. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan