Penternak Lembu Didakwa Edar Dadah Terlepas Hukuman Gantung

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang penternak lembu terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab mendapati Ahmad Fadzil Hamzah, 34, dari Kulim tidak bersalah selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengedar dadah seberat 16,471.5 gram (16,321.9 gram heroin dan 149.6 gram morfin) di dalam kereta Mercedez Benz bernombor SA5880J, di tepi rumah nombor 9, Kampung Baru, Sungai Kob, pada 1 tengah hari, 5 Ogos 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa memiliki kanabis seberat 84.8 gram di dalam kenderaan sama pada masa dan tempat sama dan didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Zaki yang membacakan penghakimannya di akhir kes pembelaan berkata, pendakwaan gagal membuktikan dadah yang ditemui di dalam kenderaan itu adalah milik tertuduh.

Beliau berkata, sebuah beg sandang yang dirampas polis mengandungi wang tunai dan didakwa milik tertuduh juga tidak diperiksa sepenuhnya.

"Keraguan timbul apabila polis membawa tertuduh balik ke balai untuk disiasat dan kembali semula ke tempat dia diberkas, mengambil kunci kereta daripada bapa tertuduh dan memeriksa kenderaan itu.

"Dakwaan tertuduh memberitahu polis tempat dadah disorokkan meragukan kerana kenderaan itu bukan miliknya dan kunci kereta juga tidak ada bersamanya. Malah dua saksi pembelaan menyokong keterangan bahawa tertuduh tidak mengetahui mengenai dadah berkenaan.

"Untuk mengaitkan dakwaan bahawa dadah yang ditemui milik tertuduh adalah tidak berasas," kata Mohd Zaki.

Ahmad Fadzil, yang ditemani ibunya, Siti Boyah Ahmad, 65, bersyukur dan gembira dengan keputusan mahkamah dan berkata dia akan kembali menjadi penternak lembu untuk menyara keluarga serta dua anak berusia lima dan enam tahun.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh. Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud tidak hadir kerana cuti bersalin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan