Mahkamah Tinggi KL Dengar Saman Berhubung Pemilihan DAP 25 September Ini

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 25 September ini bagi mendengar permohonan injuksi inter parte dalam saman untuk menghentikan DAP daripada mengadakan satu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September.

Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng membalas afidavit yang difailkan oleh bekas Timbalan Pengerusi DAP Ladang Paroi, A. David Dass.

Pada 10 September lalu, Dass memafailkan injuks untuk menghentikan pemilihan CEC DAP kerana mendakwa ia melanggar perlembagaan parti.

Lim dinamakan sebagai defendan pertama dan DAP sebagai defendan kedua.

Pengerusi DAP, Karpal Singh akan mewakili defendan.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti kerana beliau tidak berpuas hati dengan 'kesilapan teknikal' yang berlaku dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.

Kontroversi mula timbul apabila pengiraan semula yang mendedahkan bahawa Setiausaha Politik, Guan Eng, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan