Mahkamah Rayuan Ketepi Pembebasan Abdul Kudus, Dipenjara Enam Bulan

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Kudus
Abdul Kudus

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengetepikan pembebasan bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad daripada pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM90,000 atau penjara 56 bulan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Azhar Mohamad sebulat suara memutuskan Abdul Kudus bersalah terhadap enam pertuduhan menerima rasuah daripada pemilik restoran Sri Steven's Corner.

Azhar berkata hukuman itu dijatuhkan dengan mengambil kira faktor mitigasi oleh peguam yang mewakili Abdul Kudus, M. Manoharan bahawa anak guamnya itu kini berumur 53 tahun dan bekerja sebagai pemandu teksi serta perlu menanggung 10 orang anak.

Azhar yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Linton Albert dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh berkata mahkamah juga mengambil kira bahawa suapan yang diterima adalah daripada pengadu (pemilik restoran) dan transaksi yang sama.

"Responden telah diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang tetapi telah mengkhianati amanah tersebut seperti pepatah 'harapkan pagar, pagar makan padi'," katanya.

Mohd Zawawi pula berkata hakim Mahkamah Sesyen didapati tidak tersalah arah dalam membuat keputusan dan tiada ketidakadilan berlaku ke atas responden.

Tetapi, katanya hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila mendapati saksi utama iaitu pemilik restoran berkenaan S.Steven @ Sathiasilan merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai.

"Ini kerana keterangan saksi telah disokong oleh keterangan dua orang lagi saksi pendakwaan yang merupakan seorang anggota polis dan seorang setiausaha sulit daripada Kementerian Pengangkutan", katanya.

Mohd Zawawi berkata setelah meneliti rekod rayuan adalah kukuh untuk membenarkan rayuan pihak pendakwa iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap enam pertuduhan melibatkan suapan berjumlah RM15,000.

Beliau juga berkata mahkamah juga tidak boleh mengetepikan keterangan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri M. Kayveas, sebegitu sahaja kerana pihak pembelaan telah gagal membuat permohonan untuk mengisytiharkannya sebagai "saksi tidak boleh dipercayai".

Pada 2003, Abdul Kudus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang terhadap 24 pertuduhan meminta dan menerima rasuah itu daripada pemilik Restoran Sri Steven's Corner antara Mei 2001 dan Mei 2004.

Pada 30 Jun 2009, Abdul Kudus dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan bagi 16 pertuduhan, 12 bulan (tujuh pertuduhan) dan 24 bulan (satu pertuduhan) oleh Mahkamah Sesyen. Hukuman penjara itu diperintah berjalan secara berasingan.

Bagaimanapun pada 2 September 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan Abdul Kudus setelah mendapati pihak pendakwaan terlalu bergantung kepada keterangan pemilik restoran Sri Steven's Corner yang Abdul Kudus dakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM59,000.

Mahkamah Tinggi mendapati pemilik restoran itu bukan seorang saksi yang boleh dipercayai kerana mempunyai kepentingan secara langsung di dalam kes itu.

Pada prosiding hari ini, SPRM diwakili Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anwar Wahab. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan