Dua Bekas Pengarah Silver Bird Didakwa Beri Pernyataan Palsu Kepada Bursa Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah Silver Bird Group Berhad yang sebelum ini didakwa terhadap 134 pertuduhan menipu pegawai bank membabitkan lebih RM60 juta, pada Rabu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 15 pertuduhan memberikan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Datuk Tan Han Kook, 59, dan Ching Siew Cheong, 51, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan dan lapan pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mereka didakwa membenarkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia iaitu "Condensed Consolidated Income Statements For Three Month Period Ended between Jan 31, 2010 until Oct 31, 2011" di Bursa Malaysia Securities Berhad, Bukit Kewangan di sini antara 29 Mac 2010 dan 31 Disember 2011.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 369(b)(B) di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti Mohd Hafiz Mohd Yusof menawarkan jaminan RM500,000 dengan dua orang penjamin bagi kesemua pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius melibatkan kepentingan awam dan keyakinan pelabur.

Peguam Datuk K.Kumaraendran yang mewakili Tan, memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya turut berdepan dengan 134 pertuduhan menipu di Mahkamah Sesyen lain di sini dan telah membayar jaminan RM800,000 selain pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Peguam, Datuk N.Sivananthan yang mewakili Ching juga memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya turut didakwa bersama Tan bagi pertuduhan menipu itu.

Hakim Murtazadi kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM250,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober untuk sebutan.

Tan dan Ching membayar jaminan itu.

Pada 7 Disember tahun lepas, Tan yang juga bekas Pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) dan Ching, bekas Ketua Pegawai Operasi syarikat itu mengaku tidak bersalah terhadap 134 pertuduhan menipu pegawai bank membabitkan lebih RM60 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan