PAS Fail Rayuan Petisyen Pilihan Raya Perak

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS mengemukakan rayuan terhadap penolakan petisyen pilihan raya melibatkan lima kerusi dewan negeri di Perak.

Peguam bersama yang bertindak bagi pihak parti itu, Gene Anand Vendragon, ketika dihubungi mengesahkan bahawa pengurusan kes untuk rayuan bagi kawasan Rungkup, Manong dan Pasir Panjang telah ditetapkan pada Khamis.

Pengurusan kes bagi Lubok Merbau dan Selama ditetapkan 19 September.

PAS memenangi lima kerusi negeri, berbanding DAP 18 dan PKR lima dalam pilihan raya umum Mei lepas, dengan Barisan Nasional kini menguasai 31 daripada 59 kerusi dewan berkenaan. Anand berkata PAS membuat rayuan terhadap kerusi kawasan itu di mana parti itu kalah dengan jumlah undi yang kecil antara 100 dan 500.

Peguam itu berkata semua petisyen itu ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Peguam utama Datuk Bastian Pius Vendragon akan mewakili pempetisyen di Mahkamah Persekutuan.

Sejumlah 58 petisyen difailkan oleh parti politik di Semenanjung Malaysia, bilangan tertinggi didaftarkan di Perak dengan 11 petisyen, diikuti oleh Kelantan dengan sembilan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan