Kumpulan Protes Berhimpun Di Luar Mahkamah Ketika Perbicaraan Isu Kalimah Allah Bermula

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan yang memprotes isu penggunaan kalimah Allah berhimpun di luar mahkamah ketika perbicaraan bermula.
Kumpulan yang memprotes isu penggunaan kalimah Allah berhimpun di luar mahkamah ketika perbicaraan bermula.

PUTRAJAYA: Kumpulan penunjuk perasaan yang diketuai oleh Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkumpul di luar Istana Kehakiman ketika perbicaraan rayuan kerajaan dalam kes kalimah Allah bermula.

Mahkamah Rayuan mula mendengar hujah peguam masing-masing mengenai kes itu pada pukul 9.30 pagi Selasa.

Ramai penunjuk perasaan termasuk ahli Perkasa dan ahli Perkid, memakai baju-T merah, yang tertulis: Allah Hanya Untuk Islam. 'Fight No Fear'.

Mereka menyanyikan lagu-lagu agama dan mengibarkan sepanduk dengan slogan-slogan dan juga laungan 'hormat Islam' dan 'Takbir Allah'.

Naib Presiden Perkasa Zul Noordin dan calon BN Shah Alam yang tumpas, juga membuat penampilan, di mana beliau menggesa umat Islam mempertahankan agama mereka.

Ogos lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Katolik, Herald.

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dankalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan