CEO, Pengarah Syarikat Didakwa Tipu Pengurus Jualan RM150,000

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat rangkaian peruncitan dan pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menipu seorang pengurus jualan membabitkan wang berjumlah RM150,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Kopais Konsortium (M) Sdn Bhd Mohd Syawaludin Siran, 37, dan pengarahnya, Rosinah Ahad, 25, didakwa bersama-sama menipu Noorzita Baharudin, 47, yang merupakan pengurus jualan Medicoptic Supplies Sdn Bhd dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa mereka boleh menjual premis perniagaan kedai serbaneka 24 jam Station Rakyat di Plaza Usahawan Crystal Ville, Taman Danau Kota, Setapak.

Perbuatan itu mendorong Noorzita menyerahkan deposit membeli premis perniagaan itu melalui tiga keping cek yang berjumlah RM150,000 ke dalam akaun Maybank syarikat Kopais.

Mohd Syawaludin dan Rosinah yang ditangkap pada 5 Sept lepas, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Wangsa Delima 1A, KLSC 3, Wangsa Maju di sini pada 11 pagi, 7 Jan lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Oktober untuk sebutan kes bagi mereka melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan