Penjual Durian Mengaku Lihat Konkrit Jatuh Hempap Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penjual durian memberitahu Mahkamah Koroner pada Jumaat beliau menyaksikan sebuah kereta dihempap konkrit dan penebat kilat yang jatuh dari bangunan Umno di Jalan Macalister di sini pada 13 Jun lepas.

Khor Hun Hin, 56, pemilik gerai durian yang terletak bertentangan dengan kawasan kejadian berkata dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang beliau dan rakannya, Ah Tiong melihat penebat kilat yang berada di bahagian atas bangunan itu bergoyang.

"Apabila melihat besi (penebat kilat) itu bergoyang saya pun lari selamatkan diri dan selepas itu saya ternampak sebuah kereta berwarna kelabu melalui jalan itu, saya tengok besi jatuh menegak dan terkena bahagian cermin hadapan dan kereta itu terbenam dalam tanah.

"Saya dan Ah Tiong (rakan) nampak dengan mata sendiri batu (struktur konkrit) itu jatuh dan terkena kereta kelabu itu," kata saksi ke-16 prosiding inkues yang didengar di hadapan Koroner Khairul Anuar Abdul Halim.

Inkues berkenaan diadakan bagi mengesahkan kematian seorang penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai tertimbus di dalam kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister.

Inkues itu juga bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian dan bertujuan memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.

Khor juga mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditayangkan dalam prosiding inkues pada Jumaat adalah sama seperti yang dilihatnya.

"Saya juga mengalami kecederaan akibat terkena serpihan batu dan gerai saya juga mengalami kerosakan," katanya.

Terdahulu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Ismail Mohd Zain memberitahu mahkamah teknik mengorek untuk mengeluarkan mangsa yang dipercayai tertimbus di kawasan kejadian berbeza dengan teknik yang selalu dilakukan pasukan itu.

Beliau berkata dalam keadaan seperti itu sepatutnya hanya kawasan sekeliling konkrit sahaja yang dikorek untuk mengetahui kedalaman konkrit itu dan bukannya memecahkan konkrit yang mengakibatkan ia tertanam lebih dalam.

"Keadaan itu berlaku apabila terlalu banyak arahan dikeluarkan di tempat kejadian, sekiranya dikorek di kawasan keliling konkrit peluang untuk menjumpai mangsa dan bangkai kereta cerah, tetapi apa yang berlaku ialah konkrit itu dipecahkan dari atas yang telah menyebabkan ia tertanam lebih dalam," katanya.

Ismail juga berkata pasukan Bomba dan Penyelamat turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mengesan mangsa bagaimanapun ia sukar dilakukan disebabkan kawasan kejadian dipenuhi batu konkrit dan besi.

Insiden itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing, Jahir Sulaiman, 46, selepas lori yang dinaiki bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat di atas Menara Umno yang runtuh.

Khairul Anuar, yang mendengar inkues itu dibantu Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit dan Siti Fatimah Talib, peguam Gobind Singh Deo bagi pihak keluarga mangsa serta peguam JKP Sdn Bhd (pemilik bangunan Menara Umno) Abdul Fareed Abdul Gafoor yang dibantu Norliza Ali.

Prosiding inkues bersambung 22 Oktober. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan