Keputusan Kes Dr Ling Pada 25 Oktober Ini

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menetapkan 25 Oktober ini untuk keputusan kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kerajaan berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan pihak pihak pendakwaan dan pembelaan.

Dr Ling, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac lepas, selesai memberi keterangan pada 20 Jun lepas dan sepanjang prosiding itu, seramai sembilan saksi dipanggil termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dia didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ.

Dr Ling didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta bahawa faedah 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pemebelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, berasaskan RM25 bagi 30.48 sentimeter (sm) persegi iaitu RM1.088 bilion, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan, dalam menentukan nilai itu, sudah mengambil kira kadar kupon.

Dia juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 sm persegi iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan