Warga Australia Bebas Tuduhan Edar Dadah Berada Di Bawah Jagaan Jabatan Imigresen

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Australia, Dominic Jude Bird, 34, yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas tuduhan mengedar dadah, masih berada di bawah jagaan Jabatan Imigresen.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, ketika dihubungi pada Khamis, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji laporan yang dikemukakan oleh beliau sebelum tindakan susulan diambil sama ada akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

Sementara itu, salah seorang pembantu kepada peguam utama Bird, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pejabat guaman itu sedang berurus dengan Kedutaan Australia untuk membantu anak guamnya memperbaharui visa bagi membolehkan beliau pulang ke negaranya.

Tempoh visa Bird telah luput ketika dia dalam tahanan reman sementara menunggu perbicaraan kes itu.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Bird, dari Perth, Australia, selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pada 25 Mac lepas, Bird diperintah membela diri terhadap tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 167.8 gram di outlet Old Town White Coffee di Jalan Yap Kwan Seng di sini, pada pukul 7.15 malam, 1 Mac tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan