Terima Rasuah: Dua Anggota Polis Peronda Dihukum Penjara

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan meminta serta menerima rasuah, tiga tahun lepas.

Lans Koperal Mohd Fauzi Embong, 33, dan Koperal Zulkiflee Mohamed, 53, yang bertugas di Unit Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menghadapi dua pertuduhan iaitu meminta suapan wang tunai RM1,000 dan menerima rasuah RM300 pada 17 November 2010.

Mereka didakwa meminta dan menerima suapan itu daripada Arban Shiti yang dikatakan memiliki dadah supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan pertama di sebuah rumah beralamat No.19, Jalan Setia Jaya 2, Taman Setia Jaya di Sitiawan pada pukul 12.15 tengah hari manakala kesalahan kedua di depan pejabat Pos Laju Sitiawan pada 12.50 tengah hari pada hari sama.

Hakim Julie Lack Abdullah membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan tertuduh pertama, kedua dan saksi serta mendapati pihak pembelaan gagal mematah imbangan kebarangkalian manakala pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Faktor kepentingan awam diambil kira, sepatutnya polis amanah dan jujur dalam menjalankan tugas," kata Julie Lack dalam penghakimannya.

Bagi pertuduhan pertama mereka dihukum penjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan dan bagi pertuduhan kedua, hakim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak berkuat kuasa hari ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) serta Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan