Remaja Langgar Polis Trafik Tukar Pengakuan Tidak Bersalah

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pelajar Tingkatan Enam yang didakwa memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan seorang pegawai polis trafik putus kaki kanan, pada Julai lepas, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu.

Sebelum ini, Mohd Burhanuddin Mohd, 19, dari Jalan Kubur, Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, mengaku bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah berkenaan pada 5 Ogos lepas.

Bagaimanapun, apabila dihadapkan semula ke mahkamah untuk mendengar hukuman, tertuduh menukar pengakuannya kepada tidak bersalah.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menetapkan 18 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Mohd Burhanuddin didakwa melanggar Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang menunggang sebuah motosikal polis jenis Honda VTR800, ketika mangsa menjalankan tugas semasa kempen pilihan raya kecil Deqwan Undangan Negeri Kuala Besut.

Tertuduh, yang memandu kereta Proton Saga, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Jejawi/Alor Peroi, Kuala Besut, pukul 4.45 petang, 17 Julai lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda tidak kurang RM5,000 dan hilang kelayakan memegang atau mendapat lesen selama tidak kurang dua tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh hadir bersama peguamnya manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rozaime Ab Rahim. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan