Mahkamah Tolak Petisyen Kerusi Parlimen Sarikei

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Mahkamah Pilihan Raya pada Khamis menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi kerusi parlimen Sarikei yang dimenangi DAP.

Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan bahawa petisyen yang difailkan Ding Kuong Hing daripada BN tidak mematuhi beberapa syarat di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Ding, yang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), kalah dengan 505 undi kepada Wong Ling Biu daripada DAP pada pilihan raya umum itu.

Beliau memfailkan petisyen berkenaan pada 11 Jun. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan