Mahkamah Batalkan Larangan Ke Atas Buku Irshad Manji

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: ZI Publications Sdn Bhd pada Khamis berjaya dalam usahanya untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri ke atas buku karya Irshad Manji yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melaysia bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta'.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan syarikat penerbitan itu bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada Mei tahun lepas terhadap penerbitan, pengedaran dan pemilikan buku itu.

Peguam mewakili ZI Publications, K. Shanmuga dan Nizam Bashir berkata dengan keputusan itu, buku itu, diterbitkan oleh syarikat anak guamnya, kini bebas untuk pengedaran di pasaran.

Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail, mewakili responden, berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara mengenai tindakan seterusnya.

Pengarah ZI Publications Mohd Ezra Mohd Zaid berkata beliau gembira dengan keputusan itu.

Pada 29 Mei, 2012, ZI Publications menterjemah dan menerbitkan buku itu dalam Bahasa Malaysia daripada karya asal Irshad Manji dalam Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love'.

Dalam penghakimannya, Hakim Zaleha memutuskan ZI Publications mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan ke atas responden (Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan) kerana syarikat itu telah terjejas teruk oleh perintah larangan itu. "Jika benar buku itu memudaratkan ketenteraman awam, kenapa tiada tindakan diambil untuk mengharamkan versi Bahasa Inggerisnya semasa ia pertama kali diedarkan. "Kenapa larangan (perintah) hanya dibuat semasa ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan? Apa yang saya faham, punca kembimbangan responden ialah 'kecelaruan keagamaan'" kata Hakim Zaleha.

Beliau juga berkata pihak berkuasa hanya memutuskan untuk mengharamkan buku itu apabila ia diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, dan beliau tertanya-tanya sama ada ia bermaksud hanya pembaca Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Malaysia akan keliru.

"Saya tidak dapat mengelak daripada memikirkan perkara ini kerana langkah yang diambil untuk mengharamkan buku ini hanya dibuat apabila buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan," katanya.

Hakim Zaleha juga berkata perlu ditekankan bahawa buku itu telah diedarkan selama dua minggi sebelum diharamkan, manakala versi asal dalam bahasa Inggeris telah diedarkan dalam negara sejak 2011.

Pada 9 Julai, 2012, syarikat penerbitan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi diisytiharkan perintah larangan itu batal, salah di sisi undang-undang dan tidak sah kerana ia ultra vires Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Perkara 10(1)(a) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

Syarikat itu mendakwa buku itu hanya mengandungi pendapat-pendapat dalam bentuk ulasan ringkas yang mengkritik pendekatan semasa dalam pentadbiran agama, yang menurutnya tidak memudaratkan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan