Penghantar Surat Didenda RM2,000 Cedera Rakan Wanita

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat pada Selasa didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencederakan rakannya sehingga menyebabkan wanita itu menerima enam jahitan di dahi, minggu lepas.

Majistret Nurul'ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Mohandran, 21, dan memerintahkannya dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mohandran membayar denda itu.

Tertuduh didakwa mencederakan Salmah Abdul Karim, 20, dengan memukul kepalanya menggunakan satu unit mangga motosikal di hadapan sebuah restoran di Batu 5, Jalan Ipoh, Sentul di sini pada pukul 11 malam, 28 Ogos lepas.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa didatangi tiga lelaki dan seorang daripadanya bertindak memukul dan menendangnya.

Akibat perbuatan itu, mangsa yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur mengalami kecederaan luka di bahagian mulut, kepala dan menerima enam jahitan di dahi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan