Inkues Insiden Penebat Kilat Runtuh Bermula

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Inkues bagi mengesahkan kematian seorang penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai tertimbus di dalam kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini, bermula Isnin.

Isteri mangsa, Lee Chai Song, 48, berkata, Lim tidak pernah keluar rumah tanpa memaklumkannya terlebih dahulu dan pada hari kejadian, suaminya keluar dengan memandu kereta Honda City untuk mengambil anak bongsu mereka kerana cuaca kurang elok dan mungkin hujan.

Beliau berkata pada kebiasaannya, kedua-dua beranak itu akan tiba di rumah sekitar 7.30 malam, bagaimanapun, pada hari kejadian, Lim langsung tidak pulang manakala anak mereka dihantar oleh guru sekolah pukul 9.30 malam.

"Sebanyak dua kali anak saya buat panggilan dari sekolah memberitahu bahawa ayah belum tiba lagi untuk mengambilnya, saya hanya meminta dia bersabar kerana mungkin ayah tersekat dalam kesesakan lalu lintas sebab hujan lebat," kata saksi pertama prosiding inkues berkenaan di depan Koroner Khairul Anuar Abdul Halim.

Lee berkata, selepas suaminya tidak pulang semalaman, beliau dan anggota keluarga lain mencari mangsa di semua hospital swasta dan kerajaan apabila gagal menemui Lim di Jalan Macallum dan Jalan Macalister, iaitu laluan yang sering digunakan lelaki itu ketika mengambil anaknya pulang dari sekolah.

Lim dikhuatiri tertimbus dalam kejadian ribut pada 13 Jun setelah pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa cebisan sebuah kereta Honda City berwarna kelabu yang terbenam di kawasan runtuhan itu dua hari selepas kejadian.

Lee membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya sehari selepas kejadian dan susulan itu, pihak berkuasa melancarkan operasi mencari serta mengesan mangsa namun terpaksa dihentikan sepenuhnya pada 17 Jun bagi mengelak struktur bangunan warisan di kawasan runtuhan terjejas.

Insiden itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing, Jahir Sulaiman, 46, selepas lori yang dinaiki bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat Menara Umno yang runtuh.

Inkues itu juga bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian dan bertujuan memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.

Khairul Anuar dibantu Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, peguam Gobind Singh Deo bagi pihak keluarga mangsa serta peguam JKP Sdn Bhd (pemilik bangunan Menara Umno) Abdul Fareed Abdul Gafoor, yang dibantu Norliza Ali. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan