Mahkamah Kekalkan Kemenangan BN Di Dua Parlimen & DUN Di Johor

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Jumaat menolak petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi dua kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, sekali gus mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi keempat-empat kawasan pilihan raya itu.

Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim menolak petisyen yang difailkan PKR bagi kerusi Parlimen Ledang dan Pasir Gudang serta kerusi DUN Nusajaya dan Gambir yang difailkan oleh PAS.

Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk pempetisyen tidak mempunyai fakta atau butiran yang mencukupi bagi menyokong petisyen yang dikemukakan.

Mahkamah mengarahkan setiap pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anggota Parlimen Ledang Datuk Hamim Samuri dan Anggota Parlimen Pasir Gudang Normala Abd Samad serta kepada responden kedua dan ketiga iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya kedua-dua Parlimen itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DUN Nusajaya dan Gambir, mahkamah turut memerintahkan pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar dan Adun Gambir M.Asojan serta Pegawai Pengurus Pilihan Raya kedua-dua DUN itu dan SPR.

Pihak responden diwakili peguam Syed Faizal Syed Abdullah dan Mohd Reza Abu Hassan manakala pempetisyen diwakili peguam Muhammad Yazid Mohamad Salim dan Rohana Ramli.

Peguam Kanan Persekutuan S.Narkunavathy pula mewakili responden kedua dan ketiga. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan